Monday 6 September 2021

Perancangan Allah Tiada Siapa Yang Tahu

MasyaAllah Laa Quwwata Illa Billah.

Allah itu Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui setiap kehendak dan keinginan hambaNya. Bila hati bertawakkal padaNya dengan sepenuhnya, ketenangan pasti menyinggah hadir pada diri. Dengan secara semulajadi, membuatkan diri tersentuh dengan segala nikmat dan kasih yang Allah kurniakan pada diri.

Katakan dan bisikkan pada hati bahawa segalanya yang berlaku pasti mempunyai hikmah di sebaliknya dan telah disusun cantik oleh Allah s.w.t. Senyumlah selalu walaupun ketika diri diuji dan walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Saat diri rasa tak mampu untuk melalui ujian, ingatkan pada diri sendiri:

قُلْ يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ 

Katakanlah, "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar: Ayat 53)

Saat diri merasa lemah dengan ujian, saat itulah Allah sebenarnya rindu dan memanggil hambaNya untuk lebih dekat padaNya. Yes!!! Kita iaitu aku perlukan Allah lebih dari segala-galanya. Yes!! Carilah Allah  di setiap langkah..Yes!! Letakkan Allah di dalam hati sentiasa.

Manusia boleh merancang, tapi perancangan manusia hanyalah sekadar USAHA. Hakikatnya, perancangan Allah itulah TAKDIR. Dari sekecil-kecil perancangan hingga sebesar-besar perancangan, Allah penentu segalanya. Andainya apa yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan, pesan pada diri sendiri supaya jangan bersedih dan tetaplah terus teguh berdiri mengharap rahmat daripadaNya.

Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa...Pasti akan ada manisnya, ada sinarnya. InsyaAllah. Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka.. Yakinkan pada diri bahawa susunan Allah sentiasa terbaik untuk diri(hambaNya).

Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya pasti bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat.

تِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah Al-Baqarah: Ayat 216)

Barakallahufikum..